Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Lagud ini telah ditubuhkan pada tahun 1967. Encik Tawayon Gimbar adalah orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan sekolah ini. Beliau merupakan seorang yang berpengaruh dan mendapat sokongan masyarakat beberapa buah kampung. Sekolah ini ditubuhkan atas permintaan orang-orang kampong di sekitarnya. Sekolah ini terletak kira-kira 10 kilometer dari Pekan Tenom.

Pada awalnya sekolah ini hanya terdapat sebuah bangunan sahaja. Terdapat dua buah kelas dan sebuah setor. Bilangan murid pada ketika itu hanya 30 orang sahaja. Manakala tenaga pengajarnya seramai 2 orang. Guru Besar ketika itu ialah Encik Tamsir Agundong dan Encik Ponoh Sigon sebagai Guru Penolong.

Saban hari bilangan murid semakin bertambah. Pada pertengahan tahun 1972 sebuah kelas telah diwujudkan bagi menampung pertambahan bilangan murid. Dua buah bilik darjah telah dibahagi menjadi tiga bilik darjah. Bilangan tenaga pengajar juga ebrtambah dengan kehadirian Encik Ranting Surangking yang ditugaskan di sekolah ini.
           
Bilangan murid semakin bertambah dari tahun ke tahun, ini menimbulkan masalah kekruangan bilik darjah. Oleh itu pada tahun 1975 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah membina sebuah bangunan tambahan yang terdiri daripada dua buah bilik darjah dan sebuah setor.

Namun begitu bilangan bilik darjah masih belum mencukupi bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Bagi mengatasi masalah ini, Balai Raya telah digunakan sehinggalah pengubahsuaian bangunan sekolah dilakukan pada tahun 1994.
           
Sekolah ini mendapat kemudahan bekalan elektrik pada tahun 1991 dan bekalan paip graviti pada tahun 1982.
SK.Lagud Tenom akan terus berusaha kearah kecemerlangan dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing dan High Oder Thinking Skills bagi menyahut cabaran bagi menuju Wawasan 2020.

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Lagud telah ditubuhkan pada tahun 1967. Pada mulanya sekolah ini dicadangkan dibina di Kampung Liuh, tetapi memandangkan ramai murid yang berasal dari Kampung Lagud, maka sekolah inipun dibina di Kampung Lagud. Ia dibina di atas sebidang tanah simpanan Kampung Lagud. Nama sekolah telah diberi sempena nama Kampung Lagud.


Taraf sosio-ekonomi ibubapa atau penjaga murid-murid yang belajar di sekolah ini terdiri daripada golongan sederhana. Murid-murid yang belajar di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Murut, Dusun, Kadazan, Bajau, Melayu, Cina, India, Filipino, Bugis dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment

Kem Membaca SK Lagud 2017

Pada 04 April 2017, Program Kem Membaca telah dilaksanakan di Dewan SK. Lagud dan dirasmikan oleh PK EN Wilfred Dausip ...